CariLaH

Info

Kelebihan

Kita semua pasti terdorong untuk mencari cinta. Itu adalah fitrah. Namun tidak semua dari kita yang ‘ringan lidah’ untuk mengungkapkan doa kepada Pencipta Cinta (Allah) dalam usaha pencarian ini. Kita terlupa untuk mengamalkan doa cinta yang Nabi s.a.w ajarkan iaitu, “Ya Allah, berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintaiku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu.” Sudahnya, kita hanya mendapat cinta murahan yang bersifat transisi, bukan cinta mahal yang bersifat abadi.




Berdoa? Ya, kita berdoa bukanlah untuk memberitahu Allah tentang cinta yang kita cari. Kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. DIA tahu kita mahukan cinta terbaik, pasangan terbaik dan semua yang baik-baik belaka. Kerana apa? Kerana Allah itu al-‘Aliim (Maha Mengetahui) segala apa yang kita zahirkan mahupun yang kita sembunyikan.

Justeru, apa hakikat berdoa yang sebenar? Hakikat berdoa sebenarnya ialah sebagai tanda ‘pengabdian’. Kita mengabdikan diri sebagai hamba yang lemah dan penuh cacat-cela. Dengan berdoa kita mengakui betapa tidak sempurnanya kita. Dan kita memerlukan Allah untuk membantu dan memandu pada setiap perkara dalam kehidupan termasuklah soal mencari cinta. InsyaAllah dengan berdoa juga, kita tidak akan dipandang Allah sebagai hamba yang sombong.

Ancaman Allah, …”Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina.” (Ghafir: 60)

Oleh itu, marilah kita semua sama-sama berdoa supaya tidak tergolong di kalangan hamba-hamba yang sombong di sisi Allah. Setelah itu teruskan sahaja usaha mencari cinta yang terbaik, dengan cara yang terbaik (berlandaskan syariat). Namun, perlu diingat bahawa ‘menjadi’ yang terbaik lebih utama dari ‘mencari’ yang terbaik. Kerana, bila diri sudah menjadi yang terbaik, cinta yang terbaik senang dicari dan mungkin akan datang dengan sendiri.

Amin…

0 ulasan:

Post a Comment